Bangunan kilang hasilkan ubat musnah terbakar di Ipoh

Iklan
Sebuah bangunan kilang kelas A tempat penghasilan ubat, berkeluasan 70 x 60 kaki, terbakar dalam lingkungan 80 peratus dalam kejadian di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh malam tadi. - Foto: Awani

IPOH - Bangunan yang menghasilkan ubat di sebuah kilang musnah dalam kejadian kebakaran di Jalan Kuala Kangsar dekat sini malam tadi.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.25 malam.

Iklan
Iklan

Seterusnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh dengan dibantu Simpang Pulai, Pasir Putih, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pekan Baru dan Bercham diatur gerak ke lokasi.

"Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati terdapat kebakaran kilang melibatkan bangunan kelas A, tempat penghasilan ubat, berkeluasan 70 x 60 kaki, terbakar dalam lingkungan 80 peratus.

Iklan

"Terdapat bahan kimia seperti klorin dan alkohol di dalam bangunan tersebut dan disyaki mengalami kebocoran.

"Komander operasi membuat size up serta mengarahkan anggota memadam kebakaran secara offensive dan defensive," katanya dalam kenyataan lewat malam tadi.

Iklan

Sementara itu, Sabarodzi berkata, seramai 51 anggota terbabit dalam operasi berkenaan.

Katanya, Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) turut digerakkan ke lokasi bagi mengenal pasti tahap kebocoran.

"Setelah dikenal pasti, bacaan adalah 100PPM bagi ammonia untuk bacaan pertama. Pasukan Hazmat sedang menjalankan operasi di tempat kejadian," katanya.

Jelasnya lagi, operasi terkawal sekitar jam 11.15 malam. - Awani