Khatam Quran Ramadan 'hadiah' buat arwah ibu dan bapa

Iklan
Rusma Qasrina (dua dari kanan) membaca al-Quran.

KOTA BHARU - Demi mengubat kerinduan menggunung terhadap ibu bapa yang sudah meninggal dunia, seorang anak yatim piatu nekad untuk khatam al-Quran sebagai ‘hadiah’ kepada arwah kedua-dua ibu bapanya sebelum berakhirnya Ramadan.

Remaja itu, Rusma Qasrina Ruzlan, 15, tinggal di Rumah Harapan Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim (Yaatim) Kelantan di Pengkalan Chepa dekat sini dan sudah membaca di juzuk 22 serta pernah sekali khatam.

Iklan
Iklan

Anak kesembilan daripada 10 beradik itu kehilangan ibu tersayang, Wan Hamidas Wan Esa, 45, dua tahun lalu akibat sakit jantung disusuli bapanya, Ruzlan Abdul Talib, 56, yang pergi mengejut ketika dalam tidur pada Februari 2023 sekali gus meninggalkan kesan hiba yang mendalam.

"Saya juga mahu menamatkan baki lapan juzuk bacaan al-Quran dan khatam buat kali kedua untuk ‘dihadiahkan’ kepada mereka,” katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa-Ramadan Teristimewa bersama Bank Muamalat di Perdana Kota Bharu pada Selasa.

Pembahagian duit raya kepada penghuni-penghuni Yaatim.

Iklan

Turut hadir Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin.

Dalam pada itu, Rusma Qasrina berkata, setiap hari dia memperuntukkan sehelai bacaan al-Quran dan bertadarus bermula jam 3.30 hingga 5 petang selepas pulang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri.

Iklan

Dia juga tidak sabar menunggu kedatangan adik bongsunya, Mohamad Asmadi, 11, yang bakal tinggal bersama di Yaatim tersebut.

"Sebelum ini, salah seorang daripada empat kakak saya juga tinggal di sini sebelum dia ke Kuala Lumpur untuk bekerja manakala adik-beradik lain, ada yang sudah berkeluarga dan mempunyai kehidupan sendiri.

"Saya pula gembira tinggal di Yaatim dan tidak sabar menyambut kedatangan adik untuk melepaskan rindu serta tinggal bersama-sama,” katanya yang dijangka menyambut Hari Raya Aidilfitri di rumah salah seorang kakaknya di Pasir Puteh.

Penghuni Yaatim yang hadir bergambar dengan pihak Bank Muamalat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Bank Muamalat, Zury Rahimee Zainal Abiden berkata, pihaknya memperuntukkan lebih RM360,000 bagi penganjuran pelbagai program bawah tanggungjawab sosial korparat sepanjang bulan puasa.

"Program antaranya Geng Subuh Macam Jumaat di 14 lokasi di seluruh negeri, Cintai Masjid, Rewang Bubur Lambuk, Food Pack for Media and Frontliners, Ziarah Teristimewa Ramadan di KL serta Majlis Berbuka Puasa.

"Program turut melibatkan lebih 500 anak-anak yatim dan juga menerima sumbangan duit raya bagi berkongsi kegembiraan kepada mereka menjelang Aidilfitri,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!