Mbappe kurang minit permainan bukan masalah - Deschamps

Iklan
Mbappe

KURANG masa bermain Kylian Mbappe bersama Paris Saint-Germain (PSG) dalam beberapa minggu kebelakangan ini disifatkan berita baik untuk pasukan bola sepak kebangsaan Perancis.

Ini tegas pengendali Les Bleus, Didier Deschamps bagi memastikan mesin gol Les Parisiens tersebut segar untuk Sukan Olimpik Paris 2024 dan Euro 2024.

Iklan
Iklan

Kapten Perancis itu memaklumkan PSG bulan lalu bahawa dia akan meninggalkan ibu negara Perancis sebagai ejen bebas pada akhir musim, telah bermain 90 minit penuh dalam hanya tiga perlawanan sejak 14 Februari, kemenangan 2-1 di Real Sociedad (Liga Juara-Juara), kemenangan 3-1 ke atas Nice (Piala Perancis) dan kemenangan 6-2 ke atas Montpellier (Ligue 1) pada Ahad.

Ditanya mengenai masa permainan Mbappe, Deschamps memberitahu:"Adalah penting untuk menjadi segar secara fizikal untuk kejuaraan utama. Apapun, semua pemain akan tiba pada penghujung musim dengan perasaan sedikit letih.

Iklan

"Jika keletihan itu boleh dikurangkan sedikit adalah lebih baik,” jelas bekas pemain Perancis itu menjelang aksi persahabatan menentang Jerman pada 23 Mac.

Mbappe, yang telah dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid, berkata dia berharap untuk menyertai Olimpik Paris 2024 tetapi perpindahan menyertai pendahulu LaLiga Sepanyol tersebut mungkin menghalangnya daripada berbuat demikian.

Iklan

Pengendali skuad Bawah 23 tahun (B-23) Perancis, Thierry Henry berkata, Real Madrid telah menolak permintaan bagi melepaskan pemain untuk temasya itu.

"Pendirian Real Madrid mengenai Sukan Olimpik agak ketinggalan zaman. Tetapi begitulah apabila ahli perniagaan yang membuat keputusan.

"Jika ia bukan pada tarikh rasmi FIFA, jika mereka berkata tidak, dan kekal jawapannya ialah tidak," kata Deschamps.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28