'G25 tak perlu jadi hero, jangan kelirukan umat Islam'

Iklan

SHAH ALAM - Laporan Jawatankuasa Kumpulan bekas penjawat awam (G25) yang membidas undang-undang menghukum seseorang berlandaskan kesalahan agama dilakukan disifatkan sebagai cubaan mengelirukan umat Islam serta mencabar agama itu sendiri.

Pendakwah bebas, Mohamed Hanafiah Abdul Malek berkata, malah laporan bertajuk Perkara Pentadbiran Berkaitan Islam itu mendakwa undang-undang berkenaan tidak konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan beragama juga dilihat seolah-olah dia cuba menjadi hero dan berlagak pandai.

Iklan
Iklan

Menurutnya, beliau mempunyai dua soalan untuk diajukan kepada jawatankuasa itu iaitu apakah agama yang mereka anuti dan tujuan mendakwa demikian?

"Jika mereka beragama Islam, sepatutnya membantu Islam dan menjadikan al-Quran itu sebagai perlembagaan yang lebih tinggi dari Perlembagaan negara.

Iklan

Mohamed Hanafiah berkata, namun jika dakwaan itu hanya untuk menunjukkan jawatankuasa itu bagaikan hero yang memperjuangkan kebebasan beragama atau menjadi juara dan ke depan dalam soal solat Jumaat, isu murtad/keluar Islam adalah sikap yang tidak betul.

"Islam ialah agama untuk dilindungi dan melindungi. Contoh, jika hendak masuk Islam kena faham apa itu Islam? Islam tidak membenarkan umat murtad, tidak benarkan tinggal solat dan tindakan atau hukuman yang dikenakan pula adalah bertujuan mendidik bukan untuk menghukum. Tarbiah dari semasa ke semasa juga diberikan.

Iklan

"Jika hal seperti itupun masih tidak difahami dan ditentang sendiri oleh orang Islam, jangan salahkan orang bukan Islam jika satu hari nanti, Islam ini tidak dipandang sebagai agama pun oleh mereka," katanya.

Mohamed Hanafiah turut memohon kepada pihak-pihak tertentu agar jangan menjatuhkan agama Islam atau melakukan penghinaan kepada diri dan agama sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Laporan G25 dakwa penubuhan MKI dan Jakim tidak ikut Perlembagaan