KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan mencemar duli menziarahi pesakit kanak-kanak di Hospital Tunku Azizah (HTA) Kuala Lumpur.
Seri Paduka meluangkan masa lebih sejam menyantuni kira-kira 40 pesakit berumur bawah 15 tahun di hospital berkenaan dan mengurniakan sumbangan sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi.