Lembu Jepun dicat seperti kuda belang elak kena gigit serangga

Iklan
Seekor lembu di Yamagata yang telah dicat belang putih seperti kuda belang. - Agensi

TOKYO - Penduduk khususnya penternak lembu di Yamagata, Jepun mempunyai cara tersendiri bagi mengelak haiwan ternakan mereka itu daripada digigit serangga.

Menurut laporan South China Morning Post, penternak berkenaan akan mengecat lembu-lembu tersebut dengan jalur putih seakan-akan kuda belang (zebra).

Iklan
Iklan

Berdasarkan penyelidikan oleh saintis yang bekerja di Yamagata sejak tiga tahun lalu, ‘lembu belang’ kurang digigit serangga berbanding lembu baka hitam yang cukup sinonim di wilayah itu.

Baka hitam adalah salah satu daripada empat baka lembu Jepun yang menghasilkan wagyu terbaik di dunia, namun penternak di Yamagata sering mengadu haiwan ternakan mereka itu terdedah kepada serangga.

Iklan

Malah, mereka mendakwa keadaan itu secara tidak langsung meningkatkan tekanan kepada lembu sehingga menjejaskan kadar pembiakan.

"Ramai penternak teragak-agak untuk melepaskan lembu mereka di tanah ladang kerana mereka berasa kasihan terhadap haiwan tersebut yang menjadi serangan serangga.

Iklan

"Tetapi sekarang mereka boleh mengharapkan lembu untuk membesar dengan sihat jika lembu itu dicat seperti zebra,” kata seorang pegawai pertanian wilayah berkenaan. - Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28