Pelbagai Beras Putih Import

Iklan
Pelbagai jenis Beras Putih Import (BPI) disusun pada ruangan bekalan beras bagi memudahkan pelanggan membuat pilihan di sebuah pasaraya di Senawang, hari ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dalam kenyataannya semalam berkata harga jualan runcit BPI turun antara RM2 hingga RM3 di pasaran berkuat kuasa hari ini.

Pada masa ini harga runcit BPI di pasaran dijual sekitar RM38 hingga RM45 untuk pek 10 kilogram (kg) dan dengan pengumuman pelarasan harga baharu, jangkaan harga runcit BPI turun ke RM35 untuk pek yang sama.