Dasar GEG: Kerajaan tidak dipengaruhi penggiat industri, pelobi

Iklan
Dr Dzulkefly

SHAH ALAM - Penggubalan dan pelaksanaan dasar berkaitan generasi penamat rokok (GEG) dalam penggunaan tembakau dan vape tidak dapat dilaksanakan pada masa ini bukan disebabkan pengaruh penggiat industri berkenaan yang melobi kerajaan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sebaliknya ketetapan itu dibuat disebabkan wujud isu perlembagaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, meskipun diakui terdapat wakil industri dan pelobi bertemu dengan ahli Parlimen berhubung isu itu, ia tidak menjadi kesalahan dalam sistem demokrasi.

"Saya kira adalah agak tidak wajar melanjutkan pengaruh (anggapan) itu bahawa wakil industri dan pelobi mempengaruhi kerajaan dan juga Kabinet.

Iklan

"Itu saya kira adalah salah, salah pada fakta dan salah (anggapan) pada ucapan timbalan menteri kerana saya semak perkara itu," katanya di Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda– uar) berkaitan keputusan mengubah pembentangan GEG dinyatakan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni, di Parlimen minggu lalu.

Iklan

Kementerian Kesihatan (KKM) dilapor mengakui wujud tekanan penggiat industri rokok dan vape yang ‘melobi’ kerajaan menyebabkan KKM terpaksa mengubah keputusan.

Lukanisman Awang Sauni berkata, tekanan itu menyebabkan berlaku pertindihan pandangan antara kerajaan, ahli Dewan Rakyat dan pemain industri berhubung pelaksanaan GEG.

Pendedahan tersebut mendorong Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) untuk menyiasat pengaruh pelobi industri tembakau dan vape dalam menghapuskan peruntukan GEG daripada undang-undang kawalan produk rokok.