Kate Middleton ada 'klon'?

Iklan
Antara perbandingan wajah lama dan terbaharu Kate yang dibuat di media sosial sejak Selasa. Foto Agensi

LONDON - Kate Middleton terus menjadi topik perdebatan pentaksub teori konspirasi, gara-gara gambar terbaharu beliau bersama suaminya, Putera William diterbitkan akhbar tabloid, The Sun pada awal minggu lalu.

"Ia pastinya klon Princess of Wales tersebut!” menurut beberapa catatan di media sosial yang percaya wanita tersebut sebenarnya penyamar profesional berdasarkan bentuk fizikal dan rupa Kate yang turut dibandingkan dengan gambarnya diambil kira-kira dua minggu lalu.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, tiada bukti yang dapat menyokong dakwaan tersebut setelah banyak pihak mula mempertikaikan keadaan sebenar kesihatan ibu kepada tiga cahaya mata itu.

Dalam tempoh kurang 24 jam, dakwaan palsu tentang 'klon Kate' itu telah meraih lebih 12 juta tontonan di platform X dan lebih 11 juta tontonan di TikTok.

Iklan

Sebahagian besar perkongsian itu dibuat individu berpusat di Amerika Syarikat (AS) yang kemudiannya mendapat respons meluas di seluruh dunia.

Pelbagai persoalan tidak logik terus tersebar secara meluas di media sosial kerana beliau tidak muncul di khalayak umum setelah menjalani pembedahan perut pada Januari lalu.

Iklan

Istana Kensington yang turut terpalit kontroversi itu memaklumkan Catherine atau lebih mesra disapa Kate semakin pulih dan dijangka kembali menjalankan tugas awamnya selepas sambutan Hari Paskah pada akhir bulan ini.

Difahamkan, beberapa rangkaian media juga bertindak mempertikaikan beberapa gambar dikeluarkan pihak istana berkenaan kerana suntingan secara berlebihan malah foto terbaharu keluarga diraja Britain yang diperiksa Reuters mendapati ia telah diubah dengan jelas oleh pengklonan digital. - Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28