Kanak-kanak ditemui di Kajang, diserahkan kepada ibu bapa

Iklan

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang ditemukan bersendirian oleh orang awam di Taman Megah, Kajang dekat sini, telah diserahkan kepada ibu bapanya, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, ibu kepada kanak-kanak itu yang berusia 35 tahun menghubungi polis kira-kira 2 petang semalam selepas mengetahui mengenai penemuan anaknya oleh orang awam yang tular di media sosial.

Iklan
Iklan

Kanak-kanak itu hilang tidak sampai 24 jam sebelum ditemui orang ramai.

Beliau berkata ibu bapa kanak-kanak berkenaan yang juga tinggal di kawasan taman perumahan itu, datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada 9 malam tadi, untuk mengambil anak mereka dengan membawa dokumen rasmi sebagai bahan bukti sokongan.

Iklan

"Kanak-kanak itu dikatakan keluar bersendirian untuk bermain di luar rumah melalui pintu depan yang bertutup tetapi tidak berkunci,” katanya hari ini.

Ahmad Dzaffir turut menzahirkan penghargaan kepada media dan orang ramai kerana membantu menyebarkan berita berkaitan kehilangan kanak-kanak tersebut sehingga berjaya ditemui dalam keadaan selamat. - Bernama

Iklan