Pengunjung Iftar Ala Madinah@Karangkraf wajib daftar sebelum hadir

Iklan
Orang ramai berbuka puasa di Iftar Ala Madinah@Karangkraf 2024. Foto SINAR HARIAN - ASRIL ASWANDI SHUKOR

SHAH ALAM - Orang ramai yang berhasrat untuk berbuka puasa di Iftar Ala Madinah@Karangkraf 2024 diwajibkan untuk mendaftarkan diri selewat-lewatnya dua hari sebelum hadir.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Grup Buku Karangkraf, Firdaus Hussamuddin berkata, ia bagi memastikan makanan disediakan pihak penganjur mencukupi dan keutamaan diberikan kepada mereka yang berdaftar sahaja.

Iklan
Iklan
Firdaus Hussamuddin

"Bagi yang telah mendaftar, anda diingatkan untuk hadir lebih awal bagi memudahkan pengagihan juadah berbuka dan mendapat tempat duduk yang selesa.

"Kita memang tidak menggalakkan 'walk in' kerana bimbang makanan tidak cukup.

Iklan
Pintu masuk yang disediakan ketika pengunjung hadir ke program Iftar Ala Madinah@Karangkraf 2024

"Saya mengalu-alukan orang ramai untuk hadir tapi pastikan anda daftar terlebih dahulu menerusi QR Code yang disediakan di semua platform media sosial Sinar Harian," katanya ketika ditemui pada Rabu.

Orang ramai yang berhasrat untuk berbuka puasa di Iftar Ala Madinah@Karangkraf 2024 diwajibkan untuk mendaftarkan diri selewat-lewatnya dua hari sebelum hadir.

Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024 bermula 13 Mac hingga 5 April terbuka kepada 1,000 tetamu sehari bagi memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman berbuka puasa seperti di Masjid Nabawi, sekali gus mampu mengeratkan hubungan silaturahim sesama masyarakat.

Iklan
QR Code untuk pendaftaran Iftar Ala Madinah@Karangkraf 2024

Program itu akan bermula pada jam 6 petang setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad di Dataran Karangkraf, Seksyen 15, di sini.

Antara aktiviti yang disediakan ialah sesi tazkirah, ceramah, jualan makanan dan kegiatan sampingan lain yang bermanfaat di samping mengambil keberkatan Ramadan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28