Isu sekolah padat: Pembinaan sekolah perlu seiring pembangunan kawasan

Iklan
Dr Anuar Ahmad

SHAH ALAM - Tiada mekanisme khusus untuk memastikan pembangunan infrastruktur asas seperti sekolah dapat berkembang seiring dengan kadar pertumbuhan kawasan bandar baharu sehingga mengakibatkan kepadatan murid di sesuatu tempat.

Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, keadaan itu menyebabkan murid-murid dari bandar baharu akan tertumpu di kawasan lama kerana ketiadaan kemudahan tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, berikutan itu, pemaju di sesuatu kawasan perlu dilibatkan dalam proses pembinaan sekolah dengan syarat bukan hanya menyediakan tanah, namun dikontrakan melalui pembayaran cukai.

"Dahulu mungkin ambil masa tujuh hingga 10 tahun untuk bina rumah, sekarang banyak yang boleh siap kurang dari tempoh ini tetapi masih tiada sekolah di kawasan bandar baharu disebabkan unjuran dan juga peruntukan.

Iklan

"Jadi, pemaju wajar terlibat sama untuk pembinaan sekolah supaya apabila siapnya sesuatu perumahan, sekolah di tempat itu juga ada dan murid ini tidak akan tertumpu di sekolah lama," katanya.

Dr Anuar Ahmad (dua dari kanan), Dr Wan Noor Azhar Wan Sulaiman (dua dari kiri) dan Dr Murni Hussin (kanan) ketika program Wacana siri 434 bertajuk 'Dah 2024, masih isu kelas padat?' pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis Wacana siri 434 bertajuk 'Dah 2024, masih isu kelas padat?' yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Rabu.

Iklan

Program yang dihoskan oleh Ismail Adnan itu turut menampilkan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Dr Wan Noor Azhar Wan Sulaiman serta pesara guru, Dr Munira Hussin sebagai panel.

Mengulas lanjut, menurut Anuar, perkara yang dibimbangi sekiranya isu jumlah murid terlalu padat di dalam kelas tidak ditangani dengan segera adalah kemampuan guru untuk menyampaikan pembelajaran berkualiti.

"Sejak 70-an isu ini sudah ada tetapi waktu itu kita amalkan sistem peperiksaan di mana guru hanya mengajar, sistem ini menyebabkan murid akan beri perhatian lebih terhadap pengajaran kerana mereka perlu memahami serta menghafal semasa menjawab ujian nanti.

"Jadi, kalau murid banyak mana pun, ia bukan satu perkara yang merisaukan pada waktu itu, sama juga di universiti yang ada 200 orang pelajar dalam satu kelas tetapi di hujungnya ada peperiksaan.

"Tetapi dalam sistem pembelajaran abad ke-21 ini, pentaksiran di bilik darjah memerlukan guru melihat muridnya satu per satu, cuba bayangkan kalau satu kelas ada 45 orang murid dan guru ini terpaksa mengajar lima kelas dalam satu hari," ujarnya.

Tambah Anuar, risiko pendidikan tidak berkualiti akan berlaku sekiranya tiada perubahan terhadap sistem pendidikan itu sendiri.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28