Risiko strok haba

Iklan
Pemandangan kawasan sawah padi yang kering kontang berikutan cuaca panas ketika tinjauan di Perlis. Foto Bernama (Gambar kecil: Azizan)

SHAH ALAM – Fenomena El Nino dengan suhu mencecah 40 darjah Celsius diramal berterusan sehingga hujung bulan ini yang boleh meningkatkan lagi ancaman strok haba kepada manusia.

Pakar Meteorologi di Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan dan Institut Sains Samudera dan Bumi, Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Azizan Abu Samah berkata, serangan strok haba boleh berlaku dalam keadaan suhu mencecah 37 darjah Celsius dan ke atas.

Iklan
Iklan

"Ia diburukkan lagi sekiranya kita tidak menggunakan apa-apa pelindung seperti topi dan payung yang mengakibatkan badan dehidrasi serta ditambah lagi dalam keadaan berpuasa ketika ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Selasa mengeluarkan amaran cuaca panas gelombang haba tahap dua di Perlis dan Pokok Sena, Kedah dengan ramalan suhu boleh mencecah sehingga 40 darjah Celsius.

Iklan

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan pula sebelum itu berkata, sebanyak 23 kes strok haba dilaporkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak awal tahun ini hingga 11 Mac lalu.

Mengulas lanjut Azizan bagaimanapun menjelaskan, gelombang haba berlaku ketika ini bukanlah yang terburuk pernah direkodkan.

Iklan

Menurutnya, fenomena El Nino paling buruk direkodkan berlaku di Chuping, Perlis pada 15 Mac 2016 apabila suhu mencecah 41 darjah Celsius.

"Waktu itu keadaan lebih teruk berbanding sekarang kerana kurang hujan tetapi sekarang walaupun El Nino, hujan masih kerap turun yang sekali gus dapat mengawal suhu.

"Berdasarkan jangkaan El Nino Southern Oscillation (ENSO), peralihan cuaca panas ini akan berlaku pada April dan cuaca akan neutral hingga Jun sebelum diramal La Nina iaitu hujan lebat musim Timur Laut pula berlaku dari September hingga November,” ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28