Tang Jie-Ee Wei ikut jejak langkah Lee Zii

Iklan
Tang Jie-Ee Wei diheret aksi tiga set sebelum jinakkan Terry Hee-Jessica Tan.

BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei lulus ujian pertama apabila mara ke pusingan kedua Kejuaraan Badminton Terbuka Switzerland di Saint Jakobshalle, Basel awal pagi Khamis.

Tampil status pilihan ketiga kejuaraan,

Iklan
Iklan

Tang Jie-Ee Wei bermula garang apabila meninggalkan jauh pesaing dari Singapura, Terry Hee Yong Kai-Jessica Tan Wei Han, untuk menang 21-12.

Namun set kedua, gandingan nombor sembilan dunia itu gagal menampilkan pertahanan kemas untuk tunduk 19-21 kepada lawan berstatus 19 tersebut.

Iklan

Set ketiga, Tang Jie-Ee Wei kembali menemui rentak kemenangan apabila menjinakkan Yong Kai-Wei Han, 21-15 dalam masa 57 minit.

Kemenangan itu membolehkan Tang Jie-Ee Wei berdepan beregu dari India, Sathish Kumar Karunakaran-Aadya Variyath di pusingan kedua.

Iklan

Sathish-Aadya nombor 44 dunia sebelum itu menyingkirkan cabaran satu lagi beregu negara, Yap Roy King-Valeree Siow.

Roy King-Valeree, nombor 62 dunia tewas 18-21, 19-21 dalam aksi berintensiti tinggi selepas menyamakan kedudukan 21-11 di set kedua dalam aksi 58 minit.

Turut mara beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie juga pilihan kelapan.

Soon Huat-Shevon Lai mengesahkan kemaraan selepas menyingkirkan Kenneth Zhe Hooi Choo-Gronya Somerville dari Australia, straight set 21-19, 21-16 dalam masa 33 minit.

Kemenangan menyakinkan itu membolehkan Soon Huat-Shevon Lai menempah slot berdepan beregu 35 dunia dari Jepun, Hiroki Nishi-Akari Sato.

Satu beregu negara lagi Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin terpaksa pulang awal selepas tewas Chan Peng Soon- Cheah Yee See, 17-21, 16-21 dalam aksi 40 minit.

Pusingan kedua menyaksikan Peng Soon-Yee See, akan berdepan Hiroki Midorikawa-Natsu Saito, pilihan kelima kejuaraan.

Sebelum itu, pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mara ke pusingan kedua selepas menewaskan Su Li Yang dari Taiwan straight set.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28