'Gred beras import mana kurang RM2-RM3?'
Iklan
SHAH ALAM - Task Force (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) menggesa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi penjelasan terperinci terhadap jenis gred beras putih import (BPI) yang dipersetujui majlis itu untuk diturunkan harga sekitar RM2 hingga RM3 di pasaran.
Pengerusinya, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, ini kerana mesyuarat NACCOL pada Selasa tidak menjelaskan perkara itu secara tuntas meskipun kesemua pemegang taruh bersetuju dengan langkah dikemukakan Padiberas Nasional Berhad (Bernas).