Bangkai harimau dahan ditemui di WCE, dipercayai mati dilanggar

Iklan
Bangkai harimau dahan ditemukan di KM253.3, Lebuh Raya WCE dekat Taiping. Foto: ihsan pembaca

IPOH - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak menerima laporan berhubung penemuan bangkai harimau dahan di Kilometer 253.3, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) dekat Taiping pada Rabu.

Pengarahnya, Yusoff Shariff berkata, siasatan mendapati mamalia atau nama saintifiknya Neofelis nebulosa itu dipercayai telah mati dilanggar kenderaan di lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, harimau dahan jantan seberat 20 kilogram itu dianggarkan berusia lima tahun.

"Kita percaya haiwan liar ini telah mati dua hari sebelumnya berdasarkan keadaan bangkai yang telah kembung dan busuk," katanya di sini pada Khamis.

Iklan

Terdahulu, tular satu video berdurasi 22 saat di media sosial memaparkan bangkai seekor harimau dahan ditemui dekat besi penghadang jalan.

Kejadian itu merupakan kemalangan pertama membabitkan hidupan liar di Seksyen 11 WCE selepas dibuka kepada pengguna pada 12 Mac lalu.

Iklan

Jajaran sepanjang 35.5 km itu terdapat lintasan hidupan liar yang dibina khas merentasi Hutan Simpan Bubu khusus untuk memastikan ekosistem binatang-binatang liar kekal terpelihara.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28