Wanita dihalang bertemu doktor kerana pakai seluar pendek

Iklan
Tangkap layar berita yang tular dalam media sosial berkenaan seorang wanita tidak dibenarkan berjumpa doktor di HSA Johor Bahru pada Rabu kerana memakai seluar pendek

JOHOR BAHRU - Seorang wanita dihalang oleh pengawal keselamatan untuk masuk bertemu doktor di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini pada Rabu kerana memakai seluar pendek.

Menerusi perkongsian wanita berkenaan dalam aplikasi X atas nama Carol Yong, kejadian tersebut berlaku semasa dia mempunyai janji temu bersama doktor dengan segera.

Iklan
Iklan

Dia mendakwa, pengawal keselamatan tersebut juga menjerit dengan mengeluarkan kata-kata menghina dan bersifat perkauman terhadapnya.

"Saya hanya dibenarkan masuk selepas seorang jururawat memberikan sehelai seluar panjang. Selepas bertemu doktor pengawal keselamatan yang sama datang dan beritahu 'sudah habis kena keluar'.

Iklan

"Eh ini pengawal keselamatan hospital ke penjara? Saya kemudian bertemu dengan pihak pengurusan hospital, pengawal keselamatan dan penyelia," katanya.

Carol Yong berkata, pihak pengurusan HSA dan pengawal keselamatan tersebut kemudian memohon maaf dan dia mengucapkan terima kasih kepada mereka.

Iklan

Sementara itu, Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, kes tersebut dianggap sudah selesai selepas kedua-dua pihak bertemu dan mengadakan perbincangan.

"Kes ini telah diselesaikan dengan cara musyawarah. Kami dah bagi teguran, biar pihak konsesi iaitu syarikat keselamatan untuk ambil tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu insiden tersebut tular dalam media sosial dan mengundang rasa tidak puas hati netizen termasuk ada yang berkongsi layanan dan pengalaman lain semasa mendapat di HSA.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28