SHAH ALAM - DAP Selangor menzahirkan dukacita atas pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baharu, Lee Kee Hiong pada pagi Khamis.
Setiausahanya, Ng Sze Han berkata, mendiang Kee Hiong disifatkan sebagai seorang wakil rakyat wanita berprinsip dan berdedikasi.
Menurut beliau, Kee Hiong telah menyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu lebih 10 tahun.
"Pemergian mendiang satu kehilangan besar kepada parti DAP Selangor dan kerajaan negeri Selangor," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Sze Han yang juga Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor berkata, DAP Selangor merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.
Kata beliau, satu jawatankuasa pengurusan pengebumian akan ditubuhkan yang diketuai oleh beliau sendiri dan dikoordinasikan oleh Pemangku Ketua Wanita DAP Selangor, Yeo Bee Yin bagi membantu ahli keluarga mendiang.
"Butiran upacara pengebumian akan dimaklumkan kemudian," tambahnya.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28