Wanita maut kereta terbabas langgar treler tepi jalan

Iklan
Keadaan kereta dinaiki mangsa selepas terbabit kemalangan dengan sebuah treler di KM 35, Lebuhraya CSR di sini pada Khamis.

LIPIS - Seorang wanita maut selepas kereta dinaiki bersama dua yang lain terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 35, Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (CSR) di sini pada Khamis.

Dalam nahas kira-kira jam 8.15 pagi itu, mangsa, Noor Habibi Hamid, 55 beralamat dari Pantai Dalam, Kuala Lumpur mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, pemandu kereta jenis Perodua Myvi, Umar Abdul Azizi, 24 cedera di kepala manakala seorang lagi penumpang, Nur Amalin Qurratu Aini Naradin, 19 patah lengan dan luka di bahagian kaki.

Menurutnya, pemandu treler, Zambri Mat Yunus, 46, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Iklan
Treler bermuatan air minuman yang terlibat nahas mengorbankan satu nyawa di KM35, Lebuhraya CSR di sini pada Khamis.

"Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika kereta dinaiki mangsa yang dipandu anak saudaranya dipercayai dalam perjalanan dari arah Kuala Lipis menghala ke Merapoh.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, kereta terbabit dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas melanggar sebuah treler membawa muatan air minuman yang diparkir di tepi jalan kerana pemandunya berhenti rehat," katanya melalui kenyataan pada Khamis.

Iklan

Azli berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk proses bedah siasat manakala dua mangsa yang cedera dihantar ke hospital sama bagi mendapatkan rawatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," jelasnya.