BEKAS pengendali pasukan kebangsaan Brazil, Luiz Felipe Scolari dipecat Atletico Mineiro selepas kekalahan 1-2 di laman America Mineiro, kata kelab liga tertinggi Brazil itu.
Kekalahan itu menyingkirkan kelab Belo Horizonte daripada Campeonato Mineiro.
"Keputusan diambil Atletico Mineiro adalah hasil persetujuan bersama berkuat kuasa serta-merta,” kata kelab tersebut.
Sebagai rekod, Scolari yang berusia 75 tahun membimbing Atletico meraih 19 kemenangan, 10 seri dan 12 kekalahan selepas dilantik pada Jun lalu.
Kemuncak karier kejurulatihan Scolari selama 42 tahun itu berada pada prestasi memuncak apabila mengetuai Brazil berada dalam kelas tersendiri dalam Piala Dunia Korea Selatan Jepun 2002.
Scolari juga pernah mengendalikan Portugal, Guangzhou Evergrande (China), Chelsea (England) dan Palmeiras (Brazil).
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28