Kadar kesuburan global merosot

Iklan
Kadar kesuburan dijangka merosot di negara miskin dan berpendapatan sederhana. Agensi

PARIS - Kadar kesuburan di hampir semua negara dijangka menyusut menjelang akhir abad ini yang kebanyakan berlaku di negara-negara miskin, menurut satu kajian yang diterbitkan pada Rabu.

Kajian itu sekali gus memberikan amaran kelahiran sejumlah besar bayi atau 'baby bloom' di negara-negara membangun dan kemelut kurangnya bayi di negara-negara kaya akan mendorong perubahan sosial.

Iklan
Iklan

Menurut kajian dilaporkan dalam The Lancet menunjukkan 155 daripada 204 negara dan wilayah di seluruh dunia atau 76 peratus akan mempunyai kadar kesuburan di bawah penggantian populasi pada tahun 2050.

Menjelang 2100, kadar itu dijangka meningkat kepada 198 atau 97 peratus.

Iklan

Ramalan ini berdasarkan tinjauan, banci dan sumber data lain yang dikumpul sejak tahun 1950 hingga 2021 yang sebahagian daripada Kajian Faktor Penyakit, Kecederaan dan Risiko Global.

Menurutnya, lebih tiga perempat kelahiran berlaku di negara berpendapatan sederhana dan rendah menjelang akhir abad ini manakala separuh lagi berlaku di sub Sahara Afrika.

Iklan

Data turut menunjukkan kadar kesuburan global telah menurun daripada lima kanak-kanak pada tahun 1950 kepada 2.2 orang pada 2021

Menjelang 2021, sebanyak 110 negara dan wilayah direkodkan mempunyai kadar di bawah paras penggantian penduduk iaitu 2.1 kanak-kanak setiap wanita.

Kajian itu menyerlahkan corak yang sangat membimbangkan bagi negara seperti Korea Selatan dan Serbia, di mana kadar kesuburan kurang daripada 1.1 kanak-kanak bagi setiap wanita.

Menurut Kajian oleh Institut Metrik dan Penilaian Kesihatan (IHME), yang berpangkalan di Amerika, menjelang 2050 jumlah penduduk di 75 peratus negara di merata dunia akan menguncup.

Hanya Samoa, Somalia, Tonga, Niger, Chad dan Tajikistan dijangka mempunyai kadar kesuburan melebihi tahap penggantian 2.1 kelahiran bagi setiap wanita pada tahun 2100. - Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28