Rogol berkumpulan: Robinho dipenjara sembilan tahun

Iklan
Robinho. - Agensi

BRASILIA - Bekas penyerang Manchester City dan Real Madrid, Robinho diperintahkan menjalani hukuman penjara sembilan tahun atas tuduhan rogol yang dikenakan ke atasnya oleh mahkamah Itali di Bazil.

Hakim di Brasilia menjatuhkan hukuman tersebut pada Rabu.

Iklan
Iklan

Mahkamah memutuskan dengan sembilan undi berbanding dua menyokong permintaan Itali supaya Robinho menjalani hukuman di negara asalnya selepas didapati bersalah mengambil bahagian dalam rogol berkumpulan seorang wanita Albania ketika meraikan ulang tahunnya yang ke-23 di kelab malam Milan pada 2013.

Peguam berkata, Robinho, yang tidak hadir pada perbicaraan tersebut akan kekal bebas sementara menunggu rayuan terhadap keputusan itu.

Iklan

Robson de Souza, lebih dikenali sebagai 'Robinho,' telah disabitkan bersalah oleh mahkamah Itali pada 2017.

Bekas pemain antarabangsa Brazil itu, kini berusia 40 tahun, ketika melakukan jenayah itu, dia bermain untuk kelab AC Milan.

Iklan

Hukumannya dikekalkan oleh mahkamah tertinggi Itali pada 2022, selepas itu pendakwa raya Itali mengeluarkan waran tangkap antarabangsa untuknya. - AFP