Kastam Perlis rampas barangan kosmetik bernilai lebih RM51,000

Iklan
JKDM Perlis merampas barangan kosmetik termasuk minyak wangi dianggarkan bernilai RM51,360 di ICQS Padang Besar pada 12 Mac lalu. - Foto: Bernama

PADANG BESAR - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis merampas barangan komestik termasuk minyak wangi dianggarkan bernilai RM51,360 di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar pada 12 Mac lepas.

Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashim berkata, kesemua barangan dirampas ketika sepasukan anggota Kastam melakukan pemeriksaan terhadap dua kenderaan jenis pikap masing-masing dipandu lelaki berusia 40 dan 53 tahun, kedua-duanya warga asing.

Iklan
Iklan

"Hasil pemeriksaan terhadap satu daripada kenderaan tersebut telah menjumpai sejumlah kotak mengandungi barangan kosmetik yang gagal diikrar,” katanya pada sidang media di Cawangan Penguatkuasaan, Pejabat Kastam Padang Besar di sini hari ini.

Ismail berkata, modus operandi dipercayai dengan cara membawa masuk barangan kosmetik itu bersama dagangan lain yang diikrar untuk mengelakkan daripada dikenakan duti dan cukai.

Iklan

Beliau berkata, suspek berusia 40 tahun dilepaskan dengan jaminan Kastam sebanyak RM3,000 manakala seorang lagi suspek yang membawa pakaian dilepaskan tanpa jaminan dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

Sementara itu, Ismail berkata, pihaknya turut merampas periuk dan sudu berjenama dari Thailand dianggarkan bernilai RM55,846.80 dalam pemeriksaan terhadap sebuah motolori dipandu lelaki bukan warganegara berumur 37 tahun pada 28 Februari lepas. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!