'Tun M mahu baiki dulu masalah dalam KPM'

Iklan
Laporan Sinar Harian berhubung pelantikan Dr Mahathir sebagai pemangku Menteri Pendidikan berkuat kuasa 3 Januari lalu.

KOTA BHARU – Tindakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memangku jawatan menteri pendidikan disifatkan tepat untuk melihat kembali permasalahan yang timbul dalam kementerian itu sebelum melepaskan kepada individu yang layak.

Penganalisis Politik, Profesor Madya Dr Rusdi Omar berkata, untuk jangka masa pendek, langkah itu amat sesuai berdasarkan perkembangan politik kini yang semakin mencabar.

Iklan
Iklan

"Beliau memahami apa permasalahan yang berlaku di kementerian tersebut tapi untuk jangka masa panjang adalah lebih baik kementerian itu mempunyai seorang menteri yang kekal supaya beliau boleh melaksanakan kerja dengan lebih fokus lagi.

"Saya bersetuju Tun memangku buat sementara waktu dan selepas itu saya percaya beliau akan melepaskan baton tersebut kepada menteri yang sepatutnya, bila sampai waktunya.

Iklan

"Ini kerana kementerian ini adalah kementerian yang penting terutama dalam pembangunan modal insan dan pembangunan ekonomi negara,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Rusdi Omar

Iklan

Ditanya sama ada Dr Mahathir tidak yakin dengan beberapa calon yang dikatakan akan mengemudi kementerian tersebut sebelum ini, beliau berkata bukan soal ketidakyakinan, sebaliknya Perdana Menteri itu sedang memperbaiki masalah dalaman melanda PH itu sendiri.

"Saya rasa tidak lama untuk Tun pangku jawatan tersebut. Beliau perlu cari pengganti yang betul-betul boleh membantu agenda pembangunan negara yang saya sebut itu.

"Mungkin juga untuk meredakan permasalahan dan isu-isu yang berlaku di kementerian tersebut. Keputusan beliau itu adalah prerogatif Perdana Menteri dan semua pemimpin parti dalam PH kena patuh,” katanya.

Menurutnya, Dr Mahathir mungkin memerlukan sedikit masa lagi untuk memilih menteri pendidikan dalam kalangan pemimpin Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) yang betul-betul boleh memimpin dan mengurangkan permasalahan berlaku di kementerian itu.

"Dalam masa sama saya percaya, beberapa nama sudah pun dalam perhatian Tun untuk dilantik sebagai menteri pendidikan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: PM pangku jawatan Menteri Pendidikan

KPM beri sokongan penuh kepada Dr Mahathir