Gelap mata dijanjikan untung tinggi, warga emas rugi RM3.5 juta

Iklan
Wanita warga emas kerugian RM3.5 juta selepas ditipu scammer pelaburan. Foto hiasan

NILAI - Seorang wanita warga emas terpaksa berputih mata selepas ditipu scammer pelaburan yang mengakibatkannya kerugian RM3.5 juta

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, kaunter aduan Balai Polis Nilai telah terima aduan daripada mangsa berusia 60-an pada Rabu.

Iklan
Iklan

"Dia menyatakan pada 22 Januari lalu telah menerima satu pesanan ringkas dari nombor telefon tidak dikenali yang menawarkan skim pelaburan forex untuk mendapatkan keuntungan yang tinggi.

"Mangsa yang terpedaya telah membuat 60 transaksi berjumlah keseluruhan RM3,460,000 ke pelbagai akaun yang diberikan oleh suspek," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Menurutnya, mangsa menyedari ditipu setelah membuat semakan ke atas laman web pelaburan tersebut dan didapati ia tidak wujud.

Tambah beliau, bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis (IPD) Nilai telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan sedang berusaha mengesan suspek terlibat untuk siasatan lanjut.

Iklan

"Polis menasihatkan orang awam agar membuat semakan dengan pihak berkuasa dan Bank Negara Malaysia sebelum menyertai apa-apa skim pelaburan atau skim cepat kaya untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa penipuan," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28