Lantang Pemuda UMNO tindakan kolektif, bukan agenda peribadi - Dr Akmal
Iklan
SHAH ALAM - Kelantangan suara Pemuda UMNO dalam memperjuangkan isu penjualan stoking tertera kalimah ALLAH di kedai serbaneka KK Mart baru-baru ini adalah berlandaskan tindakan kolektif sayap parti berkenaan dan bukan memenuhi agenda peribadi pemimpin.
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh menjelaskan, ketegasannya bersama sayap parti dalam mempertahankan kedaulatan agama Islam dan mengecam tindakan penjualan item berkenaan bukan bertujuan untuk menjadi populis atau sekadar cubaan meraih kembali sokongan pengundi Melayu kepada UMNO.