Tak berbaloi keluar duit simpanan KWSP labur unit amanah

Iklan
Gambar hiasan (Foto Bernama)

MERAK Jalanan ada seorang kawan. Dia tak pandai sangat pasal ilmu pelaburan. Sebab itulah dia letak sepenuh kepercayaan kepada ejen untuk membuat pelaburan.

Alang-alang KWSP membenarkan pengeluaran akaun satu bagi pelaburan unit amanah, dia pun nak masuk. Dapat untung lebih. Jumlahnya makan puluhan ribu ringgit juga.

Iklan
Iklan

"Tengoklah nanti untungnya lebih banyak daripada KWSP,” kata ejen tersebut kepada kawan Merak Jalanan.

Itu cerita 10 tahun lalu. Baru-baru ini, kawan Merak Jalanan itu ambil keputusan mengeluarkan kesemua wang dalam pelaburan tersebut untuk dimasukkan semula ke dalam KWSP.

Iklan

Bila KWSP umum dividen yang tinggi, dia untung lagi banyak berbanding pelaburan yang dia buat sebelum ini.

Rupa-rupanya, ramai lagi kawan-kawan Merak Jalanan yang mengadukan perkara sama. Rata-rata menyesal mengeluarkan wang simpanan KWSP untuk melabur di unit amanah.

Iklan

Merak Jalanan tak salahkan skim pelaburan ini kerana ia sah dan memang baik untuk masa depan. Cuma Merak Jalanan nak tegur sesetengah ejen yang hanya mengejar komisen berbanding membantu klien mendapatkan pulangan yang baik.

Tidak nafikan ramai ejen yang bagus. Tapi ada juga ejen yang tangkap muat, tidak mempunyai pengetahuan tentang pelaburan. Ada juga yang sekadar ejen part time untuk mencari duit poket lebih.

Itu belum lagi kes ejen tidak lagi aktif, hilang entah ke mana dan tinggalkan pelabur terkontang-kanting.

Sekarang kawan Merak Jalanan itu boleh tarik nafas lega kerana semua wang pelaburan sudah disimpan semula dalam KWSP yang nyata lebih selamat.

Cuma dia rimas kerana sering diganggu WhatsApp daripada ejen sama menyarankan supaya menambah pelaburan. Kononnya sekarang masa sesuai untuk melabur sebab harga unit jatuh.

Yang dulu pun tak berapa nak untung, disuruh beli unit baharu pula...

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28