Pembangkang sudah terima draf peruntukan ahli Parlimen

Iklan
Hamzah Zainudin

KUALA LUMPUR - Pembangkang sudah menerima draf dokumen yang memperincikan perkara berkaitan rundingan peruntukan kepada ahli Parlimennya.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengesahkan perkara tersebut ketika sidang Dewan Rakyat pada Khamis.

Iklan
Iklan

"Saya dapat satu kertas draf untuk kita bincang, sign (tandatangan) dan (kemudian) dapat peruntukan.

"Cuma kita nak melihat perkara (dan) syarat yang ada dalam itu," katanya ketika mencelah penjelasan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengenai langkah pemerkasaan Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Iklan

Terdahulu, Saifuddin Nasution menegaskan, tiada keperluan untuk melakukan filem lanjutan Anwar: The Untold Story bagi menceritakan kisah pihak yang mengkhianati Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang perjalanan politiknya sebagaimana dicadangkan RSN Rayer (PH–Jelutong).

Beliau bagaimanapun menyifatkan Anwar seorang yang memandang ke hadapan dan pemaaf.

Iklan

Rentetan itu, Hamzah yang juga Ahli Parlimen Bukit Larut bangkit membidas kenyataan Saifuddin Nasution mengenai pemimpin harus memaafkan.

"Saya sokong sangat apa Yang Berhormat sebut, bila jadi pemimpin, kita harus memaafkan apa sahaja yang kurang baik.

"Sebab hari ini saya nampak dia (Anwar) nak memaafkan tetapi yang jadi macam menzalimi kepada pembangkang.

"Jangan kita mengangkat seseorang itu tanpa melihat tindakan yang dilakukan, jangan sehingga menimbulkan polemik di negara bahawa pemimpin ini cakap tak serupa bikin," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!