2 jet komersial patah balik ke Copenhagen selepas ancaman bom

Iklan
Dua jet komersial yang dalam penerbangan dari ibu negara Denmark ke Stavanger, Norway terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang Copenhagen pada petang Khamis selepas dipercayai menerima ancaman bom. Gambar hiasan

COPENHAGEN - Dua jet komersial yang dalam penerbangan dari ibu negara Denmark ke Stavanger, Norway terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang Copenhagen pada petang Khamis selepas dipercayai menerima ancaman bom, lapor Xinhua.

Sebuah jet Scandinavian Airlines telah memasuki ruang udara Norway apabila ia diminta berpatah balik manakala sebuah penerbangan Norway diberitahu untuk kembali sejurus selepas berlepas.

Iklan
Iklan

Syarikat penerbangan itu mengesahkan insiden berkenaan kepada radio Norway NRK bahawa semua penumpang telah dipindahkan sejurus jet berkenaan mendarat.

Polis Denmark di Copenhagen memberitahu radio Sweden bahawa mereka akan memeriksa pesawat itu untuk mencari objek berbahaya.

Iklan

Bagaimanapun pihak berkuasa tidak menjelaskan bagaimana mereka mengetahui mengenai potensi ancaman itu. - Bernama-Xinhua

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Iklan