Sony Norde senjata baharu Sang Kenari

Iklan
Sony Norde Foto KDA FC

KEDAH Darul Aman FC (KDA FC) mengumumkan berjaya mengikat penyerang yang berasal dari Haiti, Sony Norde bagi saingan Liga Super 2024-2025.

Menurutnya, bekas pemain Melaka United FC dan Terengganu FC yang terkenal dengan gerakan lincah telah berada dalam radar Sang Kenari sejak musim 2023.

Iklan
Iklan

"Kehadiran Sony bakal memperkuatkan jentera serangan pasukan Sang Kenari dengan rangkaian pemain berpengalaman terdiri daripada Syafiq Ahmad dan Sukhrob Nurulloev," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

KDA FC berkata lagi, pengalaman Sony dan kelincahannya amat ditagih dalam melonjak prestasi Sang Kenari musim ini untuk mencabar pasukan-pasukan di Liga Malaysia.

Iklan

Tambahnya, pemain berusia 34 tahun itu akan tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas pada 4.30 petang, Jumaat.

Menurutnya lagi, Sony akan disambut oleh pengurusan kelab, pasukan dan ketua jurulatih bagi meraikan kedatangan ke bumi jelapang padi sebagai pemain Sang Kenari.

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28