SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada anggota perkhidmatan kerajaan negeri.
Beliau berkata, bantuan itu merangkumi penjawat awam di bawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor dan penjawat awam persekutuan lantikan tetap yang berkhidmat dalam jabatan di bawah pentadbiran SUK Selangor.