Batu Pahat catat cuaca panas tahap 1

Iklan
JKNJ menasihatkan orang ramai mengambil langkah pencegahan ketika cuaca panas yang menghampiri 40 darjah Celsius terutama di Batu Pahat pada Ramadan.Gambar hiasan

JOHOR BAHRU - Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menasihatkan orang ramai mengambil langkah pencegahan ketika cuaca panas yang menghampiri 40 darjah Celsius terutama di Batu Pahat pada Ramadan bagi mengurangkan kesan terhadap kesihatan.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, daerah tersebut mencatat cuaca panas tahap 1 iaitu tahap berjaga-jaga selepas mencatat suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius.

Iklan
Iklan

"Suhu itu dicatatkan sekurang kurangnya tiga hari berturut-turut dan dikemas kini pada jam 4.30 petang kelmarin," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, bagi jumlah taburan hujan antara April hingga Jun, Johor dijangka akan menerima taburan hujan bulanan pada paras purata.

Iklan

Katanya, antara perkara boleh dilakukan bagi melindungi diri daripada kesan cuaca panas ialah kurangkan aktiviti luar yang melibatkan pendedahan cuaca panas.

Begitu juga katanya, mengekalkan hidrasi dan memastikan minum air yang cukup dari waktu berbuka hingga bersahur.

Iklan

"Menyejukkan suasana rumah dengan memasang penyaman udara atau kipas serta digalakkan minum minuman sejuk berbanding minuman panas.

"Kurangkan makanan yang boleh memanaskan badan seperti cili dan lada dan digalakkan minum minuman sejuk berbanding minuman panas," katanya.

Tian Soon berkata, orang ramai dielakkan memakai pakaian ketat dan berwarna gelap seperti hitam.

Menurutnya, elakkan atau kurangkan juga minuman yang manis, mengandungi kafein dan minuman berkarbonat,

"Pakai topi atau payung dan krim pelindung matahari untuk melindungi kulit daripada pancaran cahaya matahari.

"Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!