Indonesia tamatkan operasi pencarian mangsa bot karam pelarian Rohingya

Iklan
Sebahagian pelarian Rohingya yang diselamatkan pihak berkuasa Indonesia di luar Provinsi Aceh pada Khamis. Foto AFP

MEULABOH - Pasukan penyelamat Indonesia menamatkan operasi pencarian pelarian Rohingya yang hilang di laut selepas bot mereka terbalik walaupun terdapat laporan puluhan mangsa dihanyutkan.

"Pencarian tamat pada Khamis. Semua pelarian Rohingya di atas bot diselamatkan,” kata jurucakap pegawai daripada agensi mencari dan menyelamat tempatan di Aceh.

Iklan
Iklan

Beliau memberitahu, pencarian telah ditamatkan kerana pihaknya tidak mempunyai senarai penumpang.

Kira-kira 150 pelarian dikatakan berada di dalam bot berkenaan dan 69 ditemui hanyut di luar Provinsi Aceh pada Khamis dalam penyelamatan dramatik selepas mereka menghabiskan lebih daripada sehari berdiri di atas badan bot yang karam.

Iklan

Enam yang lain diselamatkan nelayan sehari sebelumnya.

"Tiada maklumat tambahan yang kami terima mengenai orang hilang,” jelas Rachman sambil menyatakan siasatan mendapati bot yang karam itu tidak boleh memuatkan 150 orang.

Iklan

Setiausaha Agung Komuniti Nelayan Aceh Barat, Pawang Amiruddin pula memberitahu AFP bahawa mangsa yang terselamat menganggarkan terdapat kira-kira 150 orang di atas bot itu. - AFP

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28