GENEVA - Imej satelit berdasarkan analisis Pusat Satelit Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOSAT) menunjukkan kira-kira 35 peratus struktur di Genting Gaza musnah teruk atau separa rosak akibat kempen pengeboman ganas rejim Zionis sejak lebih lima bulan lalu.
Penilaian itu menggunakan imej satelit beresolusi tinggi diperoleh pada 29 Februari lalu yang turut membandingkan gambar sebelum dan selepas perang genosid tersebut bermula pada 7 Oktober lalu.