MAGGI® Rai Keberanian Wanita Keluar dari Zon Selesa Sempena Hari Wanita Sedunia

Iklan
Eina (tengah), Sheila (kiri) dan Anne merupakan mentor Resipi Berani MAGGI® musim ke-3.

Selaras dengan tema ‘Wanita Dijulang, Negara Gemilang’, MAGGI® meraikan Hari Wanita Sedunia 2024 dengan memperkasakan wanita melalui bidang makanan dan masakan, menjadikan mereka lebih berani untuk keluar daripada zon selesa dengan mencuba sesuatu yang baharu dan lebih berdaya saing dalam menceburi bidang keusahawanan.

Sejak tahun 2020, MAGGI® telah menerajui Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® (PMWCBM) sebagai inisiatif utama dalam memperkasakan wanita.

Iklan
Iklan

Program ini telah berjaya memberi kesan positif kepada lebih daripada 4,800 wanita di seluruh negara dengan tiga fokus utama, iaitu meningkatkan kemahiran masakan, meningkatkan keyakinan diri dan memperoleh penguasaan teknologi.

Sinar Harian mengupas kisah tiga pemenang PMWCBM Musim Ke-3 iaitu Nur Hanie Mohammed atau dikenali sebagai (Hanie), Ida Faizura Megat Muhaiyadin (Jua) dan Ili Nur Ain Mohd Yusof (Ili) bersama mentor Eina Azman, ikon masakan yang kini semakin dikenali ramai.

Iklan

Kemenangan Hanie ibarat mimpi, Jua dulu malu sekarang semuanya mahu dan konten Ili di platform sosial kini lebih mantap

Bagaimana penyertaan dalam PMWCBM Musim Ke-3 memberi kesan terhadap perkembangan diri?

Iklan

Hanie: Menjadi sebahagian daripada PMWCBM telah memberi impak positif terhadap perkembangan diri saya. Sebagai pelukis komik, saya perlu sentiasa berfikiran kreatif untuk menarik minat pembaca. Hal ini tidak jauh berbeza dengan memasak, saya kena kreatif dengan cara penyediaan hidangan dengan rasa yang sedap serta menyihatkan.

Menyertai PMWCBM mencetus semangat baru dalam hidup saya selepas kehilangan ibu tercinta. Di sinilah saya bangkit dari kesedihan dengan bimbingan mentor-mentor hebat seperti Anne Idris, Datin Paduka Eina Azman dan Sheila Rusly. Saya lebih yakin dalam menceburi bidang perniagaan makanan dan sokongan rakan seangkatan menguatkan lagi diri saya untuk tampil yakin dengan idea bernas untuk memajukan diri. Memasak adalah sesuatu yang boleh menggembirakan saya dan inilah cara saya menghargai arwah ibu tercinta yang banyak mengajar tentang selok-belok memasak.

Nur Hanie Juara Resipi Berani MAGGI® Musim Ke-3.

Jua: Sebelum PMWCBM Musim Ke-3, saya selalu menghabiskan masa sendirian di dapur, dan saya mempunyai rasa malu yang cukup tebal untuk berhadapan dengan kamera dan orang ramai. Program ini telah membuka mata dan membuat saya lebih berani mencuba walaupun mempunyai jurang usia yang besar berbanding para peserta lain.

Dahulu, saya tak pernah menghasilkan video untuk media sosial, tetapi sekarang saya akan menghasilkan sekurang-kurangnya dua video seminggu. Perniagaan saya meningkat sebanyak 40 hingga 50 peratus dan jumlah pengikut saya juga meningkat sebanyak 30 peratus.

Ini memberi saya semangat untuk menghasilkan lebih banyak konten di media sosial demi manfaat ramai.

Ida Faizura Megat Muhaiyadin, Naib Juara Resipi Berani MAGGI® Musim Ke-3.

Ili: Sebagai seorang pencipta konten di YouTube, sukar untuk terus konsisten menghasilkan video yang berkualiti. PMWCBM Musim Ke-3 telah mengubah segalanya. Saya kini lebih berdisiplin mencipta reputasi online untuk perniagaan ikan bakar saya.

Kehadiran pakar teknologi daripada Meta, Google dan TikTok dalam program ini adalah peluang keemasan bagi saya dalam mempelajari selok-belok dunia teknologi dan tren terkini. Saya juga kini dalam perancangan mengembangkan lagi perniagaan ke Sabah serta Sarawak dan giat mendalami ilmu masakan melalui pelbagai kursus yang ada.

Ili Nur Ain Mohd Yusof, Naib Juara Kedua Resipi Berani MAGGI® Musim Ke-3.

Apakah pengalaman paling bermakna yang tidak dapat dilupakan sepanjang menyertai Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI®?

Hanie: Semestinya pengalaman manis adalah apabila dinobatkan sebagai Juara Resipi Cukup Berani MAGGI®. Namun begitu, saya sedar yang perjalanan menuju destinasi adalah lebih penting. Saya dapat merasai sendiri perubahan diri melalui pelbagai bengkel yang disertai melibatkan teknik masakan, strategi pemasaran efektif dan pengurusan kewangan. Segalanya telah saya aplikasikan dalam kehidupan seharian, sekaligus meningkatkan kualiti hidangan dan pendapatan perniagaan saya.

Jua: Pengalaman paling bermakna sepanjang mengikuti PMWCBM adalah ketika menghadiri sesi bimbingan perniagaan. Strategi yang diajar oleh mentor merupakan satu ilmu baharu untuk saya. Malah, kehadiran rakan seangkatan menggalakkan lagi perkongsian ilmu dan pengalaman yang cukup membuka mata saya.

Jua yang dahulu, bukanlah Jua yang sekarang. Jua sekarang lebih berwawasan dan bakal menjadi usahawan berjaya tidak lama lagi.

Ili: Momen paling bermakna sepanjang mengikuti PMWCBM adalah apabila ditawarkan menjadi tenaga pengajar masakan untuk edisi program ini pada masa depan. Perkara ini merupakan pengiktirafan terbesar terhadap usaha dan pencapaian saya dalam bidang masakan. Selain memperoleh bimbingan, saya kini berpeluang meluaskan ilmu dan pengalaman saya kepada orang lain. Saya cukup suka dengan impak positif sebegini dan akan terus komited memberikan yang terbaik demi manfaat orang-orang di sekeliling saya.

Eina tak lokek berkongsi ilmu, mahu lihat anak didik lebih berjaya

Eina (tengah), Sheila (kiri) dan Anne merupakan mentor Resipi Berani MAGGI® musim ke-3.

Bolehkah Eina kongsikan peranan mentor dalam memperkasakan wanita yang ingin mengejar impian dalam bidang makanan dan masakan?

Eina: Wanita sering menghadapi cabaran dalam memperkasakan diri mereka. Mereka mahu meningkatkan keupayaan dan keyakinan diri, tetapi sering kali tidak tahu di mana untuk mendapatkan sokongan tersebut. Sebagai mentor, saya berperanan membantu peserta mengenali kekuatan dan potensi tersembunyi dan juga membantu mereka meningkatkan keyakinan diri.

Pesanan Eina kepada wanita yang bercita-cita untuk mengejar impian dalam makanan dan masakan?

Eina: Sentiasalah percaya kepada diri sendiri dan terus berusaha. Ingatlah bahawa setiap langkah kecil menuju impian adalah satu pencapaian yang bernilai. Dengan tekad yang kuat dan semangat yang membara, tiada impian yang tidak mungkin dapat dikecapi.

Sesungguhnya, kejayaan Hanie, Jua dan Ili adalah teladan terbaik dalam ‘Wanita Dijulang, Negara Gemilang’ yang diketengahkan dalam sambutan Hari Wanita Sedunia pada tahun ini.

MAGGI® percaya bidang makanan dan masakan mampu menyumbang kepada pemerkasaan wanita, dengan menyediakan platform yang baik, selari dengan keperluan wanita.