Lelaki ditemui maut jatuh tingkat 13 hotel

Iklan
Siasatan awal mendapati mangsa merupakan seorang warga tempatan berdasarkan kesan suntikan BCG di lengan kiri identiti sebenar masih belum diketahui - Foto dijana oleh AI 123RF (Gambar kecil: Ismail)

BATU PAHAT - Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjatuh dari aras 13 sebuah hotel dekat sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, pihaknya dimaklumkan oleh orang awam mengenai kejadian terbabit sekitar jam 3 petang.

Iklan
Iklan

"Polis telah menemukan mayat seorang lelaki dalam keadaan tertiarap di bahagian belakang hotel berkenaan dipercayai akibat terjatuh dari tingkat 13.

"Siasatan awal turut mendapati mangsa merupakan seorang warga tempatan berdasarkan kesan suntikan BCG di lengan kiri. Bagaimanapun, sehingga kini identiti si mati masih belum diketahui," katanya.

Iklan

Beliau berkata, mayat mangsa telah di bawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat untuk tujuan bedah siasat.

"Pihak polis juga tidak mengesyaki kematian lelaki terbabit disebabkan sebarang perbuatan jenayah dan kes diklasfikasikan sebagai mati mengejut," ujarnya.

Iklan