Rumah jadi 'calling center' pelaburan tak wujud diserbu

Iklan
Antara barangan yang dirampas dalam serbuan terbabit

SEREMBAN - Sebuah rumah yang dijadikan sebagai 'calling center' atau pusat panggilan bagi pelaburan tidak wujud terbongkar selepas diserbu pihak berkuasa pada Rabu.

Sindiket Geng Ah Chen yang dipercayai beroperasi sejak bulan lalu menjadikan kawasan perumahan berpagar sebagai markas mereka dan menyasarkan warga China sebagai mangsa.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, hasil maklumat risikan mengenai kegiatan pelaburan haram, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah (BSJKD) Seremban membuat serbuan di Seremban 2.

"Hasil serbuan dan pemeriksaan, enam individu terdiri daripada lelaki warga China dalam lingkungan umur 27 hingga 36 tahun ditahan.

Iklan

"Semua mereka disyaki terbabit dalam kegiatan penipuan pelaburan secara dalam talian," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, turut dirampas, 14 telefon bimbit, seunit komputer, satu komputer riba, satu mesin pencetak, satu router wifi, 14 kad prabayar telco, dua buka nota dan 13 set skrip.

Iklan

"Ahli sindiket perlu mendapatkan mangsa untuk melabur dalam pelaburan skim emas dan ubat-ubatan yang kononnya benar-benar wujud di China.

"Bagi menarik perhatian mangsa, jumlah keuntungan yang tinggi ditawarkan bagi pelaburan yang akan disertai mangsa, namun sindiket memberi pelbagai alasan untuk tidak membayar pulangan sebelum lesap," jelasnya

Ahmad Dzaffir berkata, semua suspek direman empat hari sehingga 24 Mac ini dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 dan 120(b) Kanun Keseksaan.

"Suspek juga akan disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!