Saka terlepas aksi bersama England

Iklan
Bukayo Saka

PENYERANG sensasi Arsenal, Bukayo Saka meninggalkan kem skuad kebangsaan England selepas melaporkan diri berikutan kecederaan, kata pengurusan The Three Lions.

"Penyerang Arsenal Bukayo Saka telah melaporkan ke St George's Park.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun berikutan kecederaan, Bukayo Saka tidak dapat menyertai latihan bersama skuad England.

"Bukayo Saka akan kembali ke London bagi menjalani proses pemulihan tanpa penggantian,” kata England dalam satu kenyataan.

Iklan

Sebagai rekod, England kendalian Gareth Southgate akan melayan kunjungan Brazil di Stadium Wembley pada Ahad.

The Three Lions selepas itu akan berdepan skuad Belgium di Staduim Wembley pada Rabu.

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28