APMM tahan bot nelayan tempatan

Iklan
Antara nelayan yang ditahan APMM.

KLANG - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas A di perairan Pulau Tengah di sini kelmarin.

Pengarahnya, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, bot terbabit berpatah balik ketika terserempak dengan bot peronda maritim pada jam 5.30 petang.

Iklan
Iklan

"Kita berjaya memintas bot berkenaan kira-kira 3.1 batu nautika barat daya Pulau Tengah.

Bot nelayan yang ditahan APMM.

"Hasil pemeriksaan mendapati empat lelaki berada di atas bot itu, dua daripadanya adalah warga Indonesia yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan dua lagi warga tempatan terdiri daripada tekong bot berkenaan," katanya.

Iklan

Mohammad Rosli berkata, kesemua mereka berusia dalam lingkungan 35 hingga 54 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana menggaji warganegara asing dan Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Iklan