JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim dan Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor di Masjid Sultan Abu Bakar, di sini hari ini.
Peristiwa itu dikongsi menerusi hantaran Facebook Tunku Mahkota Ismail, selain beberapa foto.
Iklan
Iklan
Berangkat sama adinda Tunku Mahkota Ismail iaitu Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim; Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim dan Datuk Dennis Muhammad Abdullah serta keluarga diraja Johor.
Turut hadir, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Dr Abdul Rahim Ramli. - Bernama
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28