Ketepi soal gaji, percaya rezeki ALLAH - Guru Pasti
Iklan
SHAH ALAM - Meletakkan kepercayaan kepada ALLAH SWT sebagai pemberi rezeki menjadi pegangan seorang guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) untuk terus berkhidmat sebagai tenaga pengajar lebih 12 tahun.
Nursyaidatul Nesa Shamsuddin, 39, berkata, walaupun kebanyakan orang memiliki tanggapan bahawa pekerjaan sebagai guru Pasti tidak mendatangkan keuntungan dari segi kewangan, namun tidak baginya.