JKM cari waris kanak-kanak Kemboja

Iklan
JKM Alor Gajah mengesan waris Nurul Madiha yang ditinggalkan ibu kandung sejak dua tahun lalu.

ALOR GAJAH - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Alor Gajah mengesan waris kanak-kanak perempuan berketurunan kemboja yang ditinggalkan ibu kandung sejak dua tahun lalu.

Pegawai pelindung daerah Alor Gajah, Nor Atiqah Abdullah, berkata, kanak-kanak yang dikenali sebagai Nurul Madiha empat tahun itu ditinggalkan ibu kandung sejak berusia dua tahun tanpa sebarang dokumen.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kanak-kanak itu kini diletakkan di bawah jagaan orang yang layak dan sesuai secara sementara sepertimana perintah di bawah Seksyen 19 Akta Kanak-Kanak 2001.

"Berdasarkan maklumat, kanak-kanak itu ditinggalkan seorang wanita warganegara Kemboja bernama Rin Sakin.

Iklan

"Pencarian ibu kandung atau waris bagi membantu urusan penempatan dan penjagaan terbaik bagi kanak-kanak itu yang akan ditentukan oleh Mahkamah Kanak-Kanak," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Sabtu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali ibu kandung dan waris diminta menghubungi Pelindung JKM Alor Gajah di talian 06-5561267 bagi membincangkan hal penjagaan kanak-kanak tersebut.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!