Polis buka kertas siasatan pengguna Facebok hina Nabi Muhammad, agama Islam

Iklan
Gambar hiasan

ISKANDAR PUTERI - Polis membuka kertas siasatan berhubung hantaran komen tular di media sosial yang menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam.

Hantaran komen berkenaan dipercayai dilakukan seorang pengguna akaun Facebook berasal dari Pontian, tular sejak Khamis.

Iklan
Iklan

Pemangku Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superitenden Ibrahim Mat Som berkata, setakat ini pihaknya menerima satu laporan berkaitan kes berkenaan, dua hari lalu.

"Kes juga turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," ujarnya ketika dihubungi pada Sabtu.

Iklan

Menurut Ibrahim, orang ramai diminta bertenang dan memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan lanjut.

"Orang awam juga dinasihatkan tidak memuat naik sebarang hantaran di mana-mana platform media sosial berbentuk provokasi yang boleh mengganggu gugat keselamatan dan mendatangkan kegusaran orang awam terutama membabitkan isu agama, bangsa dan raja (3R)," katanya.

Iklan

Tangkap layar hantaran komen pemilik akaun Facebook berkenaan seterusnya dikongsi warganet yang mendatangkan reaksi negatif dan mahu tindakan segera diambil pihak berkuasa kerana membangkitkan kemarahan terutama pada bulan Ramadan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!