Jana pendapatan rumah anak yatim melalui 'affiliate' TikTok

Iklan
Akuan 'affiliate' itu akan membantu menjana pendapatan rumah anak yatim terpilih iaitu Rumah Anak Yatim Darul Mizan dan Darul Huffaz (Bachok), Siti Aminah (Pasir Pekan, Tumpat), Lilbanat Darul Naim (Machang) serta Darul Sa'adah (Tok Bali, Pasir Puteh).

KOTA BHARU - Bagi memastikan sumbangan berterusan disalurkan kepada enam buah rumah anak yatim di Kelantan, MZ Gold Sdn Bhd telah menyerahkan sebanyak 30 akaun 'affiliate' TikTok kepada mereka.

Akuan bernilai RM95,940 itu akan membantu menjana pendapatan rumah anak yatim terpilih iaitu Rumah Anak Yatim Darul Mizan dan Darul Huffaz (Bachok), Siti Aminah (Pasir Pekan, Tumpat), Lilbanat Darul Naim (Machang) serta Darul Sa'adah (Tok Bali, Pasir Puteh).

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif, Murtadhatumizi Mustapha berkata, ia merupakan usaha pihaknya untuk memastikan kantung kewangan rumah anak-anak yatim tersebut sentiasa kukuh.

"Target kami, setiap rumah anak yatim ini mampu menjana pendapatan sekitar RM3,000 hingga RM5,000 sebulan.

Bagi memastikan sumbangan berterusan disalurkan kepada enam buah rumah anak yatim di Kelantan, MZ Gold Sdn Bhd telah menyerahkan sebanyak 30 akaun 'affiliate' TikTok kepada mereka.

Iklan

"Melalui cara ini (affiliate) pelanggan yang membeli emas dengan kami boleh memilih untuk menyalurkan sumbangan kepada mana-mana rumah anak yatim berdaftar dengan sistem tersebut," katanya kepada pemberita selepas program MZ Gold Rai Ansaf di sini, pada Jumaat.

Menurut beliau, sesebuah rumah anak yatim memerlukan perbelanjaan yang tinggi bagi meneruskan kelangsungan hidup penghuninya.

Iklan

Ujarnya, dengan cara ini diharap dapat memastikan mereka menjalani kehidupan yang lebih selesa dan terjamin.

Murtadhatumizi (kiri) beramah mesra dengan anak-anak yatim semasa majlis berbuka puasa.

Murtadhatumizi memberitahu, ia merupakan projek rintis mereka kepada rumah anak-anak yatim.

"Sebelum ini, kami sudah bantu seorang lelaki yang hilang upaya untuk bekerja.

"Alhamdulillah dia sudah berjaya menjana pendapatan RM1,000 sebulan walaupun hanya terlantar di atas katil," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28