Bergaduh guna parang, besi gara-gara berebut laluan di jalan sempit

Iklan
Tular video pergaduhan dua pihak menggunakan parang dan besi di Pekan Kota Belud.

KOTA BELUD - Tidak mahu bertolak ansur ketika melalui jalan sempit punca berlakunya provokasi antara dua pihak sehingga melibatkan penggunaan parang dan besi dalam satu pergaduhan di Pekan Kota Belud pada Jumaat.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu akhirnya berjaya dileraikan dan kedua-dua pihak sudahpun berdamai.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, kejadian pergaduhan tersebut tular di media sosial melibatkan dua lelaki di jalan masuk tempat letak kenderaan berhampiran Tamu Minggu Kota Belud.

"Punca pergaduhan disebabkan provokasi kedua-dua pihak yang mana masing-masing tidak mahu memberikan laluan semasa melalui jalan sempit.

Iklan

"Kedua-dua yang terlibat mempunyai hubungan kekeluargaan dan telah berdamai secara baik," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Katanya lagi, sehingga kini tiada laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak berhubung kejadian tersebut.

Iklan

Sebelum itu, tular video memaparkan pergaduhan antara dua lelaki yang menggunakan objek seperti parang dan besi di media sosial sejak Jumaat.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28