Pelajar perempuan maut jatuh tingkat 3 bangunan sekolah

Iklan
Seorang pelajar Tingkatan Empat maut selepas dilapor terjatuh dari bangunan sekolah pada Jumaat. Foto hiasan

SUNGAI BULOH - [DIKEMAS KINI] Polis menjalankan siasatan berhubung kejadian seorang pelajar Tingkatan Empat yang maut selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah dekat sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.26 pagi menyatakan seorang pelajar perempuan terjatuh dari bangunan di sebuah sekolah.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, sebaik sahaja menerima laporan, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian.

"Punca kejadian masih dalam siasatan dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian akibat kecederaan di kepala.

Iklan

"Kecederaan itu disebabkan terjatuh dari tempat tinggi," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sehubungan itu, menurut beliau, satu kertas siasatan sebagai mati mengejut (SDR) telah dibuka berhubung kejadian tersebut.

Iklan

Untuk itu kata beliau, orang ramai terutama pengguna media sosial dinasihatkan tidak menyebarkan kandungan yang boleh mencetuskan kegusaran atau menggugat ketenteraman awam.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28