PADU: Rafizi sifatkan kenyataan Abdul Karim pandangan peribadi

Iklan
Rafizi

SHAH ALAM - Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyifatkan kenyataan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah yang meragui keselamatan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) sebagai pandangan peribadi.

Menurut Rafizi, mana-mana pihak termasuk anggota Kabinet bebas mengkritik dan memberikan pandangan masing-masing berhubung inisiatif kerajaan itu.

Iklan
Iklan

"Itu pandangan peribadi Datuk Abdul Karim, masing-masing ada pandangan.

"Di peringkat Kabinet pun masing-masing ada pandangan.

Iklan

"Akhirnya kita perlu buat ketetapan berdasarkan keputusan rasmi di peringkat kerajaan masing-masing.

"Jadi sebaiknya saya akan tunggu mesyuarat rasmi dengan kerajaan negeri Sarawak pada minggu depan," katanya kepada media selepas sesi townhall berkenaan PADU di sini pada Sabtu.

Iklan

Pada Jumaat, Abdul Karim berkata, pengisian butiran menerusi platform PADU disifatkan umpama 'membogelkan' diri sendiri kerana perlu memasukkan semua informasi peribadi termasuk maklumat akaun bank.

Menurutnya, beberapa perubahan perlu dibuat berkait senarai maklumat peribadi yang diminta dalam sistem tersebut.

Menurut Abdul Karim, perkara berkenaan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet negeri baru-baru ini susulan timbul keraguan berhubung maklumat peribadi individu.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28