Pelajar maut dipukul: Keluarga minta ruang, masih terkejut

Iklan
Pelajar jurusan Bioteknologi di sebuah kolej di Lahad Datu ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan pada Jumaat. Foto Awani

LAHAD DATU - Keluarga pelajar yang maut akibat dipukul di asrama sebuah kolej di sini, meminta diberikan ruang daripada memberi sebarang kenyataan berhubung kejadian tersebut.

Keluarga mangsa yang ditemui di Jabatan Forensik Lahad Datu dilihat masih dalam keadaan terkejut dan sukar untuk menahan kesedihan ketika menunggu proses bedah siasat dilakukan.

Iklan
Iklan

"Buat masa ini kami tidak mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan. Harap maklum," kata salah seorang ahli keluarga mangsa pada Sabtu.

Media pada Jumaat melaporkan Muhd Nazmie Aizat Muhd Narul Azwan, 17, yang merupakan pelajar jurusan Bioteknologi di kolej berkenaan ditemui tidak sedarkan diri sekitar jam 6.50 pagi sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

Iklan

Hasil siasatan awal terdapat kesan lebam dan kecederaan di beberapa bahagian badan mangsa dan punca kejadian adalah disebabkan perselisihan faham antara mangsa dengan penghuni asrama yang lain.

Setakat ini, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad memaklumkan seramai 13 orang pelajar lelaki berusia 16 hingga 19 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Iklan

Pihak polis turut mengesan tujuh saksi bebas bagi membantu siasatan kes yang kini dijalankan bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28