MOSCOW - [DIKEMAS KINI] Jumlah mereka yang terbunuh dalam serangan pengganas di Dewan Bandaraya Crocus di wilayah Moscow meningkat kepada 143 orang, kata Ketua Pengarang RT dan kumpulan media Rossiya Segodnya, Margarita Simonyan.
"Lebih banyak mangsa berbanding pada (2002) Nord-Ost (krisis tebusan panggung Teater Dubrovka di Moscow). Seramai 143 orang (terbunuh). Oh Tuhan, tenangkanlah jiwa mereka," kata Simonyan di Telegram, lapor Sputnik.