'Tak sabar perlawanan 26 hari bulan ni' - Hans Isaac

Iklan
Rakaman dron keadaan Stadium Nasional Bukit Jalil pada 12 Mac lalu. Hans Isaac (kanan).

STATUS keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil masih menjadi tanda tanya menjelang perlawanan keempat Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 antara Harimau Malaya dan Oman pada Selasa ini.

Namun, mungkin ada sinar dan keyakinan keadaan rumput itu sudah pulih berdasarkan Instastory Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Datuk Hans Isaac yang mengajak orang ramai untuk memenuhi stadium menyaksikan perlawanan tersebut.

Iklan
Iklan

"Tak sabar perlawanan pada 26 hari bulan ni. Malaysia lawan Oman. Jom kawan-kawan jumpa di Stadium Nasional Bukit Jalil," katanya dalam Instastory miliknya.

Sebelum ini tular rakaman video daripada dron diterbangkan oleh seorang pemilik akaun YouTube yang memuat naik keadaan padang di SNBJ yang mengalami kerosakan.

Iklan
Status Hans Isaac di Instagram miliknya.

Rakaman tersebut dibuat pada 12 Mac lalu menunjukkan rumput bertompok di beberapa bahagian menimbulkan tanda tanya sama ada padang berkenaan bersedia untuk digunakan menjelang perlawanan menentang Oman.

Sebelum ini stadium tersebut digunakan untuk konsert artis antarabangsa, Ed Sheeran pada 24 Februari lalu dan pentas konsert tersebut telah dipasang di atas padang.

Iklan

Namun, Menteri Belia Dan Sukan, Hannah Yeoh menjelaskan gambar permukaan padang tular bukan keadaan terkini situasi rumput di venue keramat Harimau Malaya itu.

Beliau juga meminta semua pihak menunggu pada hari perlawanan untuk melihat sendiri keadaan padamng tersebut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!